CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 15 Januari 2010

Rahsia Kebaikan Mandi Songsang

"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan
menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan
air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut.
Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan
menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem
hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala,
maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk
kepada sistem pertahanan bandan

Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan
tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas
badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di
mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak
jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya
seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap
kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani

Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

SABDA RASULLULAH : MINTALAH KEYAKINAN DAN KESIHATAN YANG BAIK

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

empat perkara...

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan @ mengaibkan keburukan orang lain.

Rabu, 6 Januari 2010

MEE vs BIHUN

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.
Malah bihun seringmempersendaka n mee di depan umum,
"Dasar si kuning gemuk… ingat orangsuka sangat kat dialah tu!"

hari-hari berlalu… namun mee buat derk ajedengan segala kerenah dan hinaan bihun.
Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempatlain.
bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.Bihun rasa marah dah berteriak;
"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir kobuat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

syaitan dan hidung

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku" "